Sabtu, 27 Ogos 2011

hari ketiga di KEM SINAR JAYA KOTA BELUD SABAH(part 1)

Haiii,,,,nie saya mahu sambung balik cerita saya di KEM SINAR JAYA KOTA BELUD..HEHE,,hari ketiga kami sebuk-sibuk dah sikIt..maklumlah harus ikut aturan jadual yang telah disediahkan sudah kan,,,pagi itu kami terpaksa rokol di padang kawat..wauuu panas..nasib baik saya sudah biasa bekawat di sekolah lama(SMK TANPARULI,SABAH)..mula-mula itu kami berkenalan dengan ketua jurulatih kami,,saya lupa sudah pula nama dia..nanti sajalah saya bagi tahu,,saya ingat-ingat dulu...heheehe
lepas itu kami berkenalan pula dengan jurulatih-jurulatih company kami..jurulatih kami itu suruh pilih seorang ketua company..naaaa mulalah ahli-ahli company  suruh menyuruh..termasuk juga saya..hakhakhak..yang lain suruh kawan dia,yang satu pula suruh yang lain..

Sabtu, 20 Ogos 2011

Hari kedua dI KEM SINAR JAYA KOTA BELUD SABAH

saya suka plkn
Hai kamu semua...dalam pertemuan kita pada kali ini,saya akan menceritakan pengalaman saya pada hari kedua ketika menjalani program latihan khidmat negara di  kem sinar jaya  kota belud sabah.....pada hari kedua itu,,tiada apa-apa aktiviti yang kami lakukan..soooo borinkkk,,biasalah belum kenal sangat dengan kawan-kawan baru dan suasana yang baru..,,pelbagai karenah kawan-kawan yang saya dapat lihat..ada yang pendiam,ada yang peramah,ada yang periang,dan bermacam-macam lagi..nasib baiklah ada kawan lama,,kalau tidak,tiadalah kawan-kawan saya berceritabukanlah tidak mahu berkawan dengan kawan yang baru,tapi belum biasa sangat lagi dengan mereka..soo sekadar tanya nama,dan asal dari mana...
majoriti kawan-kawan yang saya kenal dari keningau..dalam satu blok ,,bermakna kami adalah satu company,,kami tinggal di blok 2,,sepatutnya blok satu tapi blok satu tidak digunakan..soo kami adalah company alpha,hehee blok tiga company bravo,blok empat company carlie dan blok lima company delta..blok enam dan tujuh belum ada penghuni lagi..sebab ramai lagi kawan-kawan yang belum sampai,,terutamanya dari semananjung..,telefon bimbit mesti diserahkan kepada jurulatih semasa pendaftaran, huhu saat itulah terasa betul rindu dengan keluarga,sangat rindu dengan adik-adik lepas itu rindu lagi dengan 'boyfrend'..hakhakhak,masa itu ada  'boyfrend ' lagi,,hehe nasib baik juga ada kawan rapat saya si Linie...lagi pula dia suka sangat buat komedi,,jadi sesuai sangatlah, dari tengah hari isampai petang itu..saya,Lanie,Terra dan Julia lepak di pondok yang berdekatan dengan blok wati....kongsi-kongsi cerita,,seronok dapat berkawan dengan mereka semua,mula dari itu,kami berempat selalu saja  bersama-sama,,kemana sahaja kami pergi pun mesti bersama,kecuali berbaris dalam company masing-masing dan balik ke blok..Teraa dengan Julia balik ko blok mereka manakala saya dengan Lanie balik ke blok kami..itu sajalah yang saya dapat kongsikan masa hari kedua saya berada di kem sinar jaya kota belud sabah..

semoga bertemu lagi....







Jumaat, 19 Ogos 2011

hari pertama datang ke PLKN KEM SINAR JAYA KOTA BELUD SABAH

Hai kamu semua...hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika baru mendaftar program latihan khidmat negara(plkn) di Kem Sinar Jaya Kota Belud Sabah........mula-mula saya  naik bas plkn di balai polis tuaran sabah dengan yakin dan semangatnya saya naik bas tapi berat hati juga tinggalkan mumuy dan daddy...rupa-rupanya saya silap naik bas..haha,,malu saya kejap..hehee 
Dalam perjalanan,banyak benda yang bermain di fikiran saya..bermula dari A sammmmmmmmpailah saya pun tidak tahu sampai mana sudah,,hikhikhik....
setelah beberapa jam berada di dalam bas,,sampailah di kem sinar jaya kota kinabalu..saya meninjau-ninjaulah keadaan di kem itu,,maklumlah baru sampai,mula-mula nampak macam biasa saja...ohh iya,masa berada di dalam bas,saya berkenalan dengan kawan baru..nama dia Terra dengan Bibi..selepas turun dari bas,kami sama-sama mendaftat di kaunter pendaftaran...lepas mendaftar,harus menghantar barang-barang ke dalam blok yang telah ditentukan,,huhu sedihlah juga sebab tidak sebilik dengan Terra..Nasib baik jumpa sahabat lama,dan satu bilik dengan dia sekali..Terra pula satu billik dengan Julia,kawan lama saya juga,satu sekolah dahulu,,Bibi pula terpisah dengan kami.



Ingatkan bolleh terus-terus hantar barang-barang di dalam blok,ada spocekbagasi lagilah pula..huhugunting saya tidak sangka pula ditngkap,muka saya ada ciri-ciri macam pembunuh kah??hehe mungkin untuk keselamatan juga
Selepas sudah selesai sesi memeriksa bagasi,harus memilih saizpakaian pula... Antara pakaian yang harus dipilih ialah,baju sukan(PT),baju loreng,baju celoreng,baju kelas,kasut sukankasut kelas  dan kasut but... huhu banyaknya yang harus dipilih..belum lagi termasuk yang lain-lain..baaaaannyakkkk,,tapi seronok dapat baju percuma..hahaa biru lagi.,.warna kegemaran,,lepas urus-urus semua itu,,baru boleh hantar barabg-barang di dalam blok.sya pilih katil yang paling hujung dengan kawan saya..lepas sudah hantar barangdalam blok,harus ambil cadar,selimut dan bantal pula...lepas itu barulah dapat rehat,,dlam blok saya dapat berkenalan ddengan ramai kawan-kawan..seronok dapat kenal ramai kawan baru,tapi yang lain belum datang lagi,,baru nak terlelap dipanggil pula ambil barang-barang di logistik ikut saiz pakaian yang sudah dipilih tadi...banyaknya pula..wauuuu,,baju celoreng tiga pasnag,baju loreng dua pasang,baju sukan dua pasang,baju kelas pun dua pasang juga,,kasut sukan satu pasang,kasut but satu pasang,kasut kelas satu pasang juga dan sokin tiga jenis,dua pasang setiap jenis..lepas itu ada dua helai tuala lagi,,nasib baik saya tidak bawa banyak baju dari rumah..kalau tidal pasti almarinya tidak muat...selepas itu berehat di dalam bilik saja...malam baru keluar makan...