Isnin, 19 September 2011

Hari terakhir di Kem Sinar Jaya Kota Belud Sabah

Sehari sebelum hari terakhir di kem sinar jaya koya belud sabah,saya dan pelatih yang lain sibukmenguruskan tentang lawatan pada keesokan hari,,banyak tempat-tempat menarik yang akan kami lawati,sepertisimpang mangayau,air panas poring,lok kawi dan banyak lagi tempat
sedihnya tinggalkan kawan-kawan
sedihnya....
tempat menarik di sabah....
kami semua memang tidak sabar untuk pergi berjalan-jalan kerana selama ini kami di kem sahaja,petang itu,semua pelatih berkumpul di pejabat urus setia unutk menunggu giliran untuk menelefon ibubapa mereka untuk meminta kebenaran untuk mengikuti lawatan yang akan diaadakan pada keesokan harinya.ini kerana ketua jurulatih ingin mendengar sendiri pelatih ingin meminta kebenaran daripada ibubapa mereka.sementara menunggu giliran,saya dan rakan-rakan saya yang lain mengambil telefon bimbit di depan pejabat urus setia,selepas sahaja mendapt telefon bimbit,saya terus mendapat panggilan dari sepupuh saya dari kampung,dia cakap saya dan dia mendapat tawaran ke UPSI(universit pendidikan sultan idris)saya memang sangat gembira tidak terhingga walaupun saya tidak dapat masuk maktab....tetapi apabila sepupuh saya mengatakan bahawa ahad itu terpaksa jalan sudah saya sangat sedih,,ini bermakna saya terpaksa membuat penangguhan PLKN..terfikir juga ingin mendaftar lewat di UPSI tetapi dalam surat tawaran dinyatakan bahawa lewat mendaftar dianggap menolak tawaran.lagilah saya sangat sedih,apatah lagi apabila saya memberitahu kawan-kawan saya yang lain,mareka juga turut merasa sangat sedih...dengan berat hati saya pergi berjumpa dengan KJ untuk memberitahu bahawa saya ingin membuat penangguhan,,memang sedih tidak dapat mengikuti lawatan itu tetapi apa yang hendak dibuat pelajaran lebih diutamakan....keesokan harinya pelatih-pelatih yang lain semua pergi mengikuti lawatan,sedikit sahaja yang tidak mengikuti lawatan tersebut,manakala saya pula terpaksa balik ke kampung..memang berat hati sekali,tidak sanggup tinggalkan kawan-kawan,ini bermakna company alpha wati  terpaksa mencari ketua baru untuk mengantikan saya...tidak ramai pelatih yang tahu saya balik sebab semua pergi mengikuti lawatan..yang tahu hanya sedikit sahaja,,sedihnya,bye kem sinar jaya,bye also to all my friend,i'm gonna miss you all...

Jumaat, 16 September 2011

Hari yang seterusnya dI KEM SINAR JAYA KOTA BELUD SABAH(4)

Hai,kita bertemu lagi..hari ini saya ingin menyambung kembali pengalaman saya ketika menjalani program latihan khidmat negara di kem sinar jaya kota belud sabah...walaupun saya hanya sempat bersama-sama dengan kawan-kawan saya selama satu bulan di kem sinar jaya tetapi kenangan bersama-sama dengan mereka semua memang saya tidak lupakan,,begitu juga dengan jurulatih-jurulatih yang mengajar kami di sana....banyak juga aktiviti-aktiviti yang sempat saya ikuti tetapi lagi banyak yang 
saya tidak sempat ikuti,,contoh aktiviti yang saya tidak sempat ikuti ialah,,pergi ke wira jaya,berkayak,menembak,pertandingan sorak gempur,pertandingan kawat kaki,dan banyak lagi tetapi yang lain sempat saya pelajari,,antaranya ialah belajar sorak gempur,,memang seronak sangat sebab ketua wira yang satu company dengan saya banyak sangat idea,,company yang lain belum ada apa-apa sorakan kami sudah banyak,,memang banggalah juga..hehee,,belajar kompas untuk di wira jaya nanti juga sempat saya pelajari,,seronak juga,,dapat berjalan mengunakan kompas walaupun hanya di persekitaran kem saja,apa yang penting semasa berjalan menggunakan kompas adalah kerjasama dari semua ahli company,sebab jika tidak bekerjasama memang  sesat,,nasib baiklah kerjasama daripada ihli company alpha sangat baik walaupun ada segelintir yang pertuturannya kurang baik,,selain itu,aktiviti-aktiviti di dalam kelas PK juga banyak yang saya dapat ikuti,,cuma modal yang terakhir iaitu modal kenegaraan saja yang saya tidak sempat ikuti,..aktiviti menarik yang saya sempat ikuti juga adalah semasa persembahan semasa perasmian kumpulan 2 siri 8 2011..masa itu kami mempersembahkan lagu 1 Malaysia..seronak dapat mempelajari gaya=gaya lagu itu,,persembahan itu adalah persembahan company,,persembahan kami semasa seni penghayatan kesusasteraan ialah kami mempersembahkan sajak dan pantun dalam lakonan,,sangat seronok juga,,persembahan itu adalah mengikut kelas PK..kami dari PK3..malam persembahan itu kami semua memakai baju kurung manakala wira pula memakai baju yang sesuai dengan lakonan mereka...persembahan itu merupakan pertandingan juga,,kami mendapat tempat yang kedua,,hehe 

Ahad, 11 September 2011

Hari yang seterusnya dI KEM SINAR JAYA KOTA BELUD SABAH(3)

   Asalam...pengalaman yang saya akan kongsikan dengan kawan-kawan semua semasa berada di kem sinar jaya kota belud sabah pada hari ini pula ialah semasa pemilihan,ketua keseluruhan,ketua wira dan ketua wati,,ketua-ketua company serta penolong ketua company..memang seronok sangat menyaksikan aksi-aksi calon-calon yang bertanding pada masa itu,,,
ketu keseluruhan dan ketua wira(tengah-tengah)
   setiap company mesti menghantar peserta tidak kiralah berapa-berapa sahaja,,,saya memang tidak mahu menjadi ketua sudah sebab hendak memberi peluang kepada yang lain pula...peserta watialpha  dua orang saja yang pergi ke depan..kalau wira alpha tidak tahulah pula,,.ujian yang pertama yang dilakukan oleh jurulatih ialah kawat kaki, dan yang kedua memberi arahan..pelbagai-bagai aksi yang kami dapat lihat..ada yang kelakar sangat sehinggakan kami semua ketawa terbahak-bahak..
        sedang saya ketawa terbahak-bahak,tiba-tiba pula jurulatih memanggil saya..dia kata di mana ketua company alpha yang dulu..apa lagi saya dengan berat hati naik ke atas pentas...sebab tidak ada yang berpotensi untuk menjadi ketua company alphalah saya dipanggil...lepas itu jurulatih menguji saya berkawat dan memberi arahan pula...malu jugalah sedikit tetapi saja buat-buat berani..heheee..
selepas itu baru diumumkan siapa-sipa yang terpilih untuk terus beraada di atas pentas..saya lagi yang  menjadi ketua company alpha..dan penolong saya pula namanya Ain dari semenanjung..ketua company wira alpha yang dulu pula sudah tidak jadi ketua company alpha sebab dia menjadi ketua wira..rasanya memang semua sesuai untuk dipilih ketua,,ketua keseluruhan kami adalah Mohammad Syukur..badan dia memang besar,,sesuai untuk jadi ketua..hehheee,,selepas itu ketua-ketua yang diberi tanggungjawab haruslah memikul tugas dengan penuh tanggungjawab....

Hari yang seterusnya dI KEM SINAR JAYA KOTA BELUD SABAH(2)





kawan di dalam kelas PK
antara aktiviti yang kami lakukan di dalam kelas
salam sejahterah semua...hari ini saya ingin menyambung kembali pengalaman saya di kem sinar jaya kota belud sabah..saya sudah lupa pada hari yang ke berapa tetapi yang pasti pengalaman ini tidak akan pernah saya lupakan,,seperti biasa pagi kami akan masuk ke dalam kelas selepas PT pagi dan makan sarapan pagi,,selepas saja sarapan pagi itu semua sibuk bersiap untuk masuk ke dalam kelas tapi sebelum itu harus berkumpul dahulu di dalam dewan untuk mengira kekuatan..seperti biasalah juga ada sahaja pelatih yang lambat datang ke dalam dewan..terutamanya wira,,apa lagi cikgu pun mendenda pelatih-pelatih yang lambat itu ke depan untuk membuat aksi siput-siput..memang kelakar sangat,,siapa juga suruh lambat kan,,,sebab pelatih-pelatih yang lambat itu,semua pelatih pun lambat masuk ke dalam kelas PK masing-masing...sudah melanggar peraturan di dalam kelas PK pula...di dalam kelas,pelbagai aktiviti kumpilan yang kami lakukan..memang seronok sekali..degan kawan-kawan pun sudah bertambah rapt kerana kebanyakan aktiviti yang kami lakukan bersama dengan buddies,,setiap hari buddies mesti bertukar tapi saya selalu dengan kawan rapat saya yang berasal dari semenanjung..namanya sherra,,memang seronak dapat berkawan dengan dia sebab dia seorang yang kelakar dan mudah untuk berkawan dengan orang lain..dengan kawan-kawan yang lain juga seperti itu,dalam kelas pk itu,kami dapat berkongsi banyak pengalaman dengan kawan-kawan yang lain,,cikgu-cikgu dalam kelas pun baik dan kelakar..
       sesipa yang tidak berminat untuk masik PLKN memang rugi sangat sebab di situlah kita dapat mengenali dengan lebih dalam siapa diri kita dan diri kawan-kawan kita selain dapat menambah banyak pengalaman yang sangat berguna pada masa akan datang....
jom makan

Sabtu, 10 September 2011

Hari yang seterusnya dI KEM SINAR JAYA KOTA BELUD SABAH

panji-panji company alpha kumpulan 2 siri 8 2011
Hai lagi kepada kamu semua...
selepas dua hari kami menyiapkan panji-panji,laungan kumpulan, motto,matlamat dan peraturan company tibalah masa kami untuk membentangkan hasil kerja company kami,,tidak siap selengkap-lengkapnya sebab kammi tidak mempunyai banyak masa untuk berbincang dengan semua ahli company..
 Tuan Mejar Anuar al-Shadat
         tapi walau apapun,mesti buat yang terbaik untuk setiap company sebab sebab company yang membuat persembahan yang terbaik akan mendapat hadiah..hahaaa
tuan Mejar Anuar al-Shahadat juga akan datang menyaksikan persembahan kami,sabab itulah kami harus membuat persembahan yang terbaik supaya dapat membanggakannya..selepas memilih nombor giliran membuat persembahan,mulalah untuk mempersembahkan hasil kerja setiap company,,company pertama yang akan membentangkan hasil kerja mereka ialah company bravo,diikuti dengan company carlie,delta dan yang terakhir adalah company saya,company alpha..disebabkan belum ada pengalaman,company yang pertama membuat persembahan yang tidak teratur..nasib naik kami company yang terakhir untuk membuat persembahan,,jadi kami sempat meminta nasihat-nasihat penting dari jurulatih..akhirnya tibalah giliran kami untuk mempersembahkan pula hasil kerja company kami,,semua berjalan dengan lancar tetepi laungan company tidak berapa baik dari yang sebelumnya kerana kebanyakan dari wirawati company kami tidak hafal laungan tersebut,trmasuklah saya sendiri..tetapi apapun kami sudah melakukan yang terbaik..
wira dan wirawati company alpha

Selasa, 6 September 2011

Hari keenam dI KEM SINAR JAYA KOTA BELUD SABAH

saya suka PLKN
Hai kamu semua..apa khabar,, hari ini saya akan berkongsi lagi pengalaman saya ketika menjalani program latihan khidmat negara di kem sinar jaya kota belud sabah..
Waahh semakin hari kami semakin sibuk...padat dengan jadual yang sudah ditetapkan,,saya pula harus menjalankan tugas sebagai ketua company,, tiap masa harus kira kekuatan,takut ada yang hilang pula..ke mana sahaja ahli company pergi mesti dicatat..tetapi ada juga segelintir ahli company yang entah pergi mana  dengan sesuka hati saja,akibatnya ketua juga yang dimarahi oleh jurulatih kerana tidak mengambil peduli tentang ahli company..huhuhu
terpaksa bersabar sajalah..lagi pun semua itu dapat mendisiplinkan diri saya..
kawan-kawan pelatih kumpulan 2 siri 8 2011 kem sinar jaya KB sabah
pagi hari keenam ini saya dan kawan-kawan saya yang beragama SeventDay Adventist pergi ke gereja..selepas balik dari gereja,kami makan tengah hari..semua pelatih sudah tidak sabar-sabar mengambil telefon bimbit kerana petang itu kami akan dapa telefon kami,,wahh tidak sabarnya,,itulah saat yang sangat menggembirakan kami semua..hahaaa..pukul empat petang itu jurulatih mengumumkan bahawa telefon bimbit sudah boleh mengambil di pejabat urus setia,,apa lagi semua pun berebut-rebut hendak mengambil telefon mereka..saya dan kawan-kawan saya turut tidak ketinggalan..hehee..malam itu memang semua pelatih hanya dengan telefon mereka sahaja..heheeee tapi kira kekuatan tetap ada dan perturan tetap harus dipatuhi..

Hari kelima dI KEM SINAR JAYA KOTA BELUD SABAH

Hai bertemu lagi..hehee...hari kelima,selepas senaman ataupun PT pagi,kami makan sarapan pagi,selepas itu kami masuk ke dalam PK,hari itu di dalam PK kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan,,cikgu-cikgu yang akan menentukan kumpulan setiap pelatih..saya masuk dalam kumpulan ketiga..selepas kumpulan dibentuk,kami dikehendaki memilih ketua kumpulan pula,setiap hari ketua kumpulan akan bertukar-tukar..jadi apa lagi,saya pun jadilah ketua yang pertama sebab tidak mahu menjadi ketua lagi nanti..hehee


    Selepas itu,cikgu mengarahkan kami untuk berbincang dalam kumpulan dan mencipta nama kumpulan serta laungan kumpulan(yeal)..kumpulan saya memilih nama unity sebab sesuai untuk satu kumpulan..hehee
selepas memilih nama kumpulan kami mencipta pula laungan kumpulan..disebabkan masa yang disediakan singkat sahaja,jadi kami mencita laungan kumpulan yang sederhana sahaja..laungan kumpulan saya ialah..unity,unity,unity..yessssss,,itu saja..
memang seronak dapat mendengar laungan kumpulan-kumpulan yang lain....selepas iitu kami berbincang tentang video yang ditayangkan semalam dalam kumpulan dan kami berkongsi pendapat dan pengalaman yang berkaitan dengan vidoe tersebut.. selepas itu pula,kami dibeeri peluang untuk berkongsi apa sahaja pengalaman dengan kawan-kawan satu PK,,..
selepas keluar  dari kelas PK, kami pergi makan tengah hari,jurulatih membuat pengunguman supaya berkumpul di dalam dewan pukul 2 petang..huhu
sebelum pukul 2 petang kami sudah berkumpul di dalam dewan tetapi ada juga pelatih yang lambat datang,,terutamanya wira.tidak tahu apa sebab mereka lambat datang padahal,wira tidak ada apa-apa yang hendak diuruskan kecuali pakai baju sahaja,,tidak macam wati yang harus mengikat rambut lagi...
     jurulatih yang bertugas meminta setiap company wira dan wirawati untuk bekerjasama mencipta untuk mencipta panji-panji,laungan company,logo,matlamt,dan peraturan dalam company,semua bahan-bahan sudah disediahkan untuk setiap company..mas sedang berbincang,ada yang bekerjasama,ada yang bercerita dengan kawan-kawan dia,dan ada pula pelatih yang sibuk tanya tentang benda lain..isk3

Hari keempat dI KEM SINAR JAYA KOTA BELUD SABAH

Hari keempat say berada di kem sinar jaya kota belud sabah,,saya semakin rapat dengan kawan-kawan baru saya..tapi kawan-kawan dari  company lain belum berapa rapat lagi sebab belum berkenalan lagi dendan mereka semua,
hari keempat kami mula masuk kelas pembinaan karrekter sudah..

   Apa lagi,,semua pelatih berebut-rebut hendak memeriksa  mereka berada di kelas mana,saya dan kawan-kawan saya juga tidak ketinggalan,nasib baik saya satu kelas dengan Terra iaitu di PK3(pembinaan karekter 3)selepas itu,kami dikehendaki untuk masuk ke dalam PK masing-masing..
          Di dalam PK,cikgu-cikgu memperkenalkan diri,..cikgu-cikgu tersebut akan mengajar kami sepanjang kami berada di dalam PK,antara cikgu-cikgu di PK3 ialah cikgu Ain dan cikgu Zaki..
Selepas memperkenalkan diri,cikgu menjelaskan pula tentang model pertama yang akan kami pelajari iaitu menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri,,tetapi sebelum itu kami akan menonton video tentang pembinaan karakter terlebih dahulu,..
selepas menerangkan sedikit sebanyak tentang model 1,cikgu menerangkan pula tentang perturan-peraturan yang mesti kami patuhi sepanjang kami berada di dalam PK,antara peraturan yang mesti kami patuhi ialah:
1.masuk ke dalam kelas tepat pada masanya dan duduk dalam kumpulan sebelum muzik berhenti
2.memakai tag nama sepanjang berada di dalam kelas
3.tidak makan atau minum di dalam kelas
4.mematikan telefin bimbit atau sebarang peralatan keloi di dalam kelas
5.tidak menceritakan kepada orang lain tentang hal peribadi orang lain sepanjang berada di dalam kelas
itulah peraturan-peraturan yang kami mesti patuhi sepanjang berada di dalam PK3..dan kami harus berjanji tidak akan melanggar peraturan-peraturan tersebut.....selepas itu kami keluar dari kelas untuk makan tengah hari,dam lepas makan kami masuk ke dalam kelas lagi,makan petang..malam kami menonton video madel 1 iaitu menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri..selepas menonton video,kami dikehendaki untuk mengira kekuatan,,minum malam dan seterusnya tidurrrr,....

Isnin, 5 September 2011

hari ketiga di KEM SINAR JAYA KOTA BELUD SABAH(part 2)

Hari ini saya nak sambung balik pengalaman saya di kem sinar jaya pada hari yang keetiga..hehhheeeee
  sampai mana sudah ya..ohhhh sampai yang suruh menyuruh itukan..masa itu memang kawan-kawan semua tidak mahu menjadi ketua.,..yang satu suruh kawan dia jadi ketua.selepas itu yang satu pula suruh kawan dia yang di sebelah...saya pula suruh si Lanie jadi ketua tapi dia pula suruh saya balik...ini sudah teruk sudah ini...sudah tidak ada yang mahu jadi ketua saya pun kata biarlah saya yang jadi ketua..hehee bila lagi kan..lagi pun untuk sementara saja pun....apa lagi saya pun pergi depanlah,,kan dah jadi ketua sementara..hehheee,,jurulatih company kami suruh bagi arahan pula dahhh,,,hehee
so saya pun mulalah bagi arahan,,wauuuuu macam semua mata memandang saya pula..hahaaa prasannn saja,,,tapi macam serenok pula bagi arahan,,,saya tidak kesah apa orang lain cakap..yang penting saya mencuba,,daripada tidakkan..heheeeeeeeee..
. 
selepas itu jurulatih kompany kami pun tanya-tanyalah nama saya dan unit beruniform saya di sekolah menengah dulu,,,,lepas itu dia suruh saya memperkenalkan diri pula..hahaaa,,segan pula saya sikit..
lepas itu KJ bagilah nasihat yang semua ahli company harus dengar arahan ketua company,,hehee bagus sangatlah itu....hehhheeee..selepas itu pula kami beredar ke dewan untuk makan tengah hari...lepas makan tegah hari..jurulatih yang bertugas suruh kami berkumpul di dewan untuk memberi tahu aktiviti-aktiviti yang akan kami lakukan seterusnya.....nasib baik bukan di  padang kawat lagi..huhuuuuh,,bertambah pengalaman bila sudah jadi ketua walaupun untuk sementara waktu sahaja..

Sabtu, 27 Ogos 2011

hari ketiga di KEM SINAR JAYA KOTA BELUD SABAH(part 1)

Haiii,,,,nie saya mahu sambung balik cerita saya di KEM SINAR JAYA KOTA BELUD..HEHE,,hari ketiga kami sebuk-sibuk dah sikIt..maklumlah harus ikut aturan jadual yang telah disediahkan sudah kan,,,pagi itu kami terpaksa rokol di padang kawat..wauuu panas..nasib baik saya sudah biasa bekawat di sekolah lama(SMK TANPARULI,SABAH)..mula-mula itu kami berkenalan dengan ketua jurulatih kami,,saya lupa sudah pula nama dia..nanti sajalah saya bagi tahu,,saya ingat-ingat dulu...heheehe
lepas itu kami berkenalan pula dengan jurulatih-jurulatih company kami..jurulatih kami itu suruh pilih seorang ketua company..naaaa mulalah ahli-ahli company  suruh menyuruh..termasuk juga saya..hakhakhak..yang lain suruh kawan dia,yang satu pula suruh yang lain..

Sabtu, 20 Ogos 2011

Hari kedua dI KEM SINAR JAYA KOTA BELUD SABAH

saya suka plkn
Hai kamu semua...dalam pertemuan kita pada kali ini,saya akan menceritakan pengalaman saya pada hari kedua ketika menjalani program latihan khidmat negara di  kem sinar jaya  kota belud sabah.....pada hari kedua itu,,tiada apa-apa aktiviti yang kami lakukan..soooo borinkkk,,biasalah belum kenal sangat dengan kawan-kawan baru dan suasana yang baru..,,pelbagai karenah kawan-kawan yang saya dapat lihat..ada yang pendiam,ada yang peramah,ada yang periang,dan bermacam-macam lagi..nasib baiklah ada kawan lama,,kalau tidak,tiadalah kawan-kawan saya berceritabukanlah tidak mahu berkawan dengan kawan yang baru,tapi belum biasa sangat lagi dengan mereka..soo sekadar tanya nama,dan asal dari mana...
majoriti kawan-kawan yang saya kenal dari keningau..dalam satu blok ,,bermakna kami adalah satu company,,kami tinggal di blok 2,,sepatutnya blok satu tapi blok satu tidak digunakan..soo kami adalah company alpha,hehee blok tiga company bravo,blok empat company carlie dan blok lima company delta..blok enam dan tujuh belum ada penghuni lagi..sebab ramai lagi kawan-kawan yang belum sampai,,terutamanya dari semananjung..,telefon bimbit mesti diserahkan kepada jurulatih semasa pendaftaran, huhu saat itulah terasa betul rindu dengan keluarga,sangat rindu dengan adik-adik lepas itu rindu lagi dengan 'boyfrend'..hakhakhak,masa itu ada  'boyfrend ' lagi,,hehe nasib baik juga ada kawan rapat saya si Linie...lagi pula dia suka sangat buat komedi,,jadi sesuai sangatlah, dari tengah hari isampai petang itu..saya,Lanie,Terra dan Julia lepak di pondok yang berdekatan dengan blok wati....kongsi-kongsi cerita,,seronok dapat berkawan dengan mereka semua,mula dari itu,kami berempat selalu saja  bersama-sama,,kemana sahaja kami pergi pun mesti bersama,kecuali berbaris dalam company masing-masing dan balik ke blok..Teraa dengan Julia balik ko blok mereka manakala saya dengan Lanie balik ke blok kami..itu sajalah yang saya dapat kongsikan masa hari kedua saya berada di kem sinar jaya kota belud sabah..

semoga bertemu lagi....







Jumaat, 19 Ogos 2011

hari pertama datang ke PLKN KEM SINAR JAYA KOTA BELUD SABAH

Hai kamu semua...hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika baru mendaftar program latihan khidmat negara(plkn) di Kem Sinar Jaya Kota Belud Sabah........mula-mula saya  naik bas plkn di balai polis tuaran sabah dengan yakin dan semangatnya saya naik bas tapi berat hati juga tinggalkan mumuy dan daddy...rupa-rupanya saya silap naik bas..haha,,malu saya kejap..hehee 
Dalam perjalanan,banyak benda yang bermain di fikiran saya..bermula dari A sammmmmmmmpailah saya pun tidak tahu sampai mana sudah,,hikhikhik....
setelah beberapa jam berada di dalam bas,,sampailah di kem sinar jaya kota kinabalu..saya meninjau-ninjaulah keadaan di kem itu,,maklumlah baru sampai,mula-mula nampak macam biasa saja...ohh iya,masa berada di dalam bas,saya berkenalan dengan kawan baru..nama dia Terra dengan Bibi..selepas turun dari bas,kami sama-sama mendaftat di kaunter pendaftaran...lepas mendaftar,harus menghantar barang-barang ke dalam blok yang telah ditentukan,,huhu sedihlah juga sebab tidak sebilik dengan Terra..Nasib baik jumpa sahabat lama,dan satu bilik dengan dia sekali..Terra pula satu billik dengan Julia,kawan lama saya juga,satu sekolah dahulu,,Bibi pula terpisah dengan kami.



Ingatkan bolleh terus-terus hantar barang-barang di dalam blok,ada spocekbagasi lagilah pula..huhugunting saya tidak sangka pula ditngkap,muka saya ada ciri-ciri macam pembunuh kah??hehe mungkin untuk keselamatan juga
Selepas sudah selesai sesi memeriksa bagasi,harus memilih saizpakaian pula... Antara pakaian yang harus dipilih ialah,baju sukan(PT),baju loreng,baju celoreng,baju kelas,kasut sukankasut kelas  dan kasut but... huhu banyaknya yang harus dipilih..belum lagi termasuk yang lain-lain..baaaaannyakkkk,,tapi seronok dapat baju percuma..hahaa biru lagi.,.warna kegemaran,,lepas urus-urus semua itu,,baru boleh hantar barabg-barang di dalam blok.sya pilih katil yang paling hujung dengan kawan saya..lepas sudah hantar barangdalam blok,harus ambil cadar,selimut dan bantal pula...lepas itu barulah dapat rehat,,dlam blok saya dapat berkenalan ddengan ramai kawan-kawan..seronok dapat kenal ramai kawan baru,tapi yang lain belum datang lagi,,baru nak terlelap dipanggil pula ambil barang-barang di logistik ikut saiz pakaian yang sudah dipilih tadi...banyaknya pula..wauuuu,,baju celoreng tiga pasnag,baju loreng dua pasang,baju sukan dua pasang,baju kelas pun dua pasang juga,,kasut sukan satu pasang,kasut but satu pasang,kasut kelas satu pasang juga dan sokin tiga jenis,dua pasang setiap jenis..lepas itu ada dua helai tuala lagi,,nasib baik saya tidak bawa banyak baju dari rumah..kalau tidal pasti almarinya tidak muat...selepas itu berehat di dalam bilik saja...malam baru keluar makan...