Selasa, 6 September 2011

Hari kelima dI KEM SINAR JAYA KOTA BELUD SABAH

Hai bertemu lagi..hehee...hari kelima,selepas senaman ataupun PT pagi,kami makan sarapan pagi,selepas itu kami masuk ke dalam PK,hari itu di dalam PK kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan,,cikgu-cikgu yang akan menentukan kumpulan setiap pelatih..saya masuk dalam kumpulan ketiga..selepas kumpulan dibentuk,kami dikehendaki memilih ketua kumpulan pula,setiap hari ketua kumpulan akan bertukar-tukar..jadi apa lagi,saya pun jadilah ketua yang pertama sebab tidak mahu menjadi ketua lagi nanti..hehee


    Selepas itu,cikgu mengarahkan kami untuk berbincang dalam kumpulan dan mencipta nama kumpulan serta laungan kumpulan(yeal)..kumpulan saya memilih nama unity sebab sesuai untuk satu kumpulan..hehee
selepas memilih nama kumpulan kami mencipta pula laungan kumpulan..disebabkan masa yang disediakan singkat sahaja,jadi kami mencita laungan kumpulan yang sederhana sahaja..laungan kumpulan saya ialah..unity,unity,unity..yessssss,,itu saja..
memang seronak dapat mendengar laungan kumpulan-kumpulan yang lain....selepas iitu kami berbincang tentang video yang ditayangkan semalam dalam kumpulan dan kami berkongsi pendapat dan pengalaman yang berkaitan dengan vidoe tersebut.. selepas itu pula,kami dibeeri peluang untuk berkongsi apa sahaja pengalaman dengan kawan-kawan satu PK,,..
selepas keluar  dari kelas PK, kami pergi makan tengah hari,jurulatih membuat pengunguman supaya berkumpul di dalam dewan pukul 2 petang..huhu
sebelum pukul 2 petang kami sudah berkumpul di dalam dewan tetapi ada juga pelatih yang lambat datang,,terutamanya wira.tidak tahu apa sebab mereka lambat datang padahal,wira tidak ada apa-apa yang hendak diuruskan kecuali pakai baju sahaja,,tidak macam wati yang harus mengikat rambut lagi...
     jurulatih yang bertugas meminta setiap company wira dan wirawati untuk bekerjasama mencipta untuk mencipta panji-panji,laungan company,logo,matlamt,dan peraturan dalam company,semua bahan-bahan sudah disediahkan untuk setiap company..mas sedang berbincang,ada yang bekerjasama,ada yang bercerita dengan kawan-kawan dia,dan ada pula pelatih yang sibuk tanya tentang benda lain..isk3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan